Monday, February 9, 2009
Friday, February 6, 2009
Thursday, January 29, 2009
Hay Resort
Pengalaman yang sangat menyeronokkan masa sem 3. Aku masih ingat sampai sekarang. Boleh dikatakan aku jarang mengikuti program sebegini. Banyak input yang aku dapat. Aku lihat sendiri bagaimana program ini dikendalikan dengan baik dan mendapat sambutan yang baik daripada kawan-kawan yang lain. Bukannya nak puji lebih. Tapi program ni tak sama dengan yang pernah aku join sebelum ni. Salah satu perkara yang aku paling suka ialah...Aku tak rasa tention. Biasanya aku akan rasa menyampah dengan fasi yang mengada-ngada. Tapi program kali ni, aku rasa rilek je..Seronok? Memang seronok..So, apa rahsia nya? Boleh ke kita semua buat macam ni wahai rakan-rakan seperjuanganku..hehe..InsyaAllah...
Pasukan cuci kereta shif pagi
yang ni shif malam..(duit punya pasal..hehe...)
Saturday, January 24, 2009
Friday, January 23, 2009
Berkhidmat Untuk Masyarakat
Yang kat atas ni semua peserta program. Tak ramai. 38 orang je. Semuanya perempuan. Walaupun semua perempuan, semuanya berjalan lancar walaupun takde lelaki. Hehehe...Bukan nak pandang rendah kat kaum lelaki. Cuma nak buktikan yang kami pun boleh buat keje.. Pada hari ni lah kami semua mula melaksanakan segala perancangan yang telah sekian lama kami rancang. Setelah meeting banyak kali...Setelah semua persiapan dilakukan..Di sinilah bermula segalanya...
Sukaneka yang kami adakan petang ni berjalan lancar. Semuanya memberikan kerjasama, terutamanya family angkat. Semuanya turun padang sebab nak berseronok. Thanks a lot sebab bagi kerjasama yang sangat baik.
Acara untuk kanak-kanak pun turut disediakan. Acara untuk kanak-kanak ni dijalankan serentak dengan sukaneka untuk orang dewasa. Bukan apa, kami nak bagi mereka semua seronok dan tidak menganggu ibu bapa mereka yang sedang seronok bersukaneka...
Hari terakhir aku dan kawan-kawan berada di Felda Gunung Besout 2. Kami dijemput untuk menghadiri kenduri perkahwinan. Nasib baik la keluarga angkat masing-masing sudi meminjamkan moto kepada kami supaya kami boleh pergi kenduri tersebut. Bergerak ramai-ramai macam ni, memang seronok. Pengantinnya mesti lagi seronok kan..Tapi...keesokan harinya, setelah kami semua kembali ke kolej kediaman, aku dihubungi oleh penyelaras felda tersebut yang menyampaikan berita bahawa ayah kepada pengantin perempuan tersebut telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah kepada arwah..

