Friday, January 23, 2009

Berkhidmat Untuk Masyarakat


Pengalaman pertama aku mengendalikan program. Mulanya aku tak nak terima tugasan ni. Tapi aku terpaksa. Bila aku fikirkan balik, untung sebenarnya kalau berpeluang nak kendalikan program. Ilmu tu bukan boleh dibeli. Kita kena laluinya, barulah kita boleh dapat. Betul tak. Walaupun banyak cabaran, tapi aku ada ramai kawan-kawan yang menyokong. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Banyak perkara yang aku belajar terutamanya sebelum dan semasa program tersebut berlangsung. Apa yang pasti, bukan mudah untuk jalankan program. Cabaran yang aku terima kali ni baru sikit sebenarnya. Macam mana kalau dalam setting seklolah nanti. Macam mana bila aku dah jadi kaunselor nanti. Tak mampu aku nak bayangkan. Tapi takpe. Aku sekarang sedang menyediakan bekalan untuk dibawa ke sekolah nanti. InsyaAllah bekalan tu nanti boleh membantu aku.

Yang kat atas ni semua peserta program. Tak ramai. 38 orang je. Semuanya perempuan. Walaupun semua perempuan, semuanya berjalan lancar walaupun takde lelaki. Hehehe...Bukan nak pandang rendah kat kaum lelaki. Cuma nak buktikan yang kami pun boleh buat keje.. Pada hari ni lah kami semua mula melaksanakan segala perancangan yang telah sekian lama kami rancang. Setelah meeting banyak kali...Setelah semua persiapan dilakukan..Di sinilah bermula segalanya...



Sukaneka yang kami adakan petang ni berjalan lancar. Semuanya memberikan kerjasama, terutamanya family angkat. Semuanya turun padang sebab nak berseronok. Thanks a lot sebab bagi kerjasama yang sangat baik.
Acara untuk kanak-kanak pun turut disediakan. Acara untuk kanak-kanak ni dijalankan serentak dengan sukaneka untuk orang dewasa. Bukan apa, kami nak bagi mereka semua seronok dan tidak menganggu ibu bapa mereka yang sedang seronok bersukaneka...

Hari terakhir aku dan kawan-kawan berada di Felda Gunung Besout 2. Kami dijemput untuk menghadiri kenduri perkahwinan. Nasib baik la keluarga angkat masing-masing sudi meminjamkan moto kepada kami supaya kami boleh pergi kenduri tersebut. Bergerak ramai-ramai macam ni, memang seronok. Pengantinnya mesti lagi seronok kan..Tapi...keesokan harinya, setelah kami semua kembali ke kolej kediaman, aku dihubungi oleh penyelaras felda tersebut yang menyampaikan berita bahawa ayah kepada pengantin perempuan tersebut telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah kepada arwah..

0 comments:

Post a Comment