Monday, January 19, 2009

Senang jadi kaunselor??

Dah 19 hari kita semua berada dalam tahun baru. Tahun ni merupakan tahun ketiga aku menuntut di sini, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Banyak sebenarnya yang telah aku belajar. Pada mulanya, aku agak kekok untuk belajar tentang ilmu kaunseling. Kaunseling yang aku kenal masa zaman sekolah dulu jauh berbeza dengan kaunseling yang aku pelajari sekarang. Dulu aku pandang rendah dengan kaunselor. ''Senangnya jadi kaunselor. Duduk dalam bilik je, lepas tu sembang ngan student'' itulah mind set aku masa zaman sekolah dulu. Ternyata bukan mudah untuk jadi kaunselor. Counseling is all about RESPONSIBILITIES & SACRIFICE. Baru aku sedar,bukan senang nak pikul tanggungjawab. Tanggungjawab yang melibatkan masa depan manusia.Banyak pengalaman daripada pensyarah yang banyak membantu aku untuk lebih bersedia. Tapi mampu ke aku nak jadi kuat macam pensyarah aku. Mampu ke aku tolong pelajar aku nanti?Belum lagi jadi kaunselor, dah mengeluh..Huh..Walau apapun yang aku fikirkan,aku tetap dengan impianku. Menjadi seorang kaunselor yang mampu membantu pelajar walau dengan apa cara sekalipun.Aku tahu aku perlu bersedia untuk berkorban sepertimana yang telah dilakukan oleh pensyarah aku masa jadi kaunselor di sekolah satu ketika dulu. So, the conclusion is...GET READY....

0 comments:

Post a Comment